Sabtu, 2 November 2013

Diari Minggu ke-7 Di Lapangan... Coretan dari Kota Bharu

Salam semua.
Berjumpa lagi di diari PJKA minggu ke-7 untuk sesi latih amal. Sudah banyak aktivit kita lakukan di lapangan. Semuanya sudah bercerita dan saling berhubungan berkongsi idea dan pengalaman berkaitan aktiviti sebagai PJKA di lapangan latih amal. Kita bertebaran di seluruh Semenanjung. Pelbagai aktiviti dan gerak gempur kita lakukan untuk menambahkan pengalaman dan  memenuhi log aktiviti latih amal.
Hari ini diucapkan Selamat Hari Deepavali untuk semua penganut agama Hindu. Walaupun di kalangan kita tiada yang menyambutnya tetapi sebagai rakyat Malaysia kita turut sama meraikan sambutan rakan-rakan dan kenalan kita kerana kita mendiami sebuah negara yang berbilang kaum yang hidup dengan harmoni.
Berbalik kepada cerita kita untuk di kongsi dalam diari kali ini kita jenguk aktiviti sesama kita di tempat masing-masing.

Aktiviti PJKA dari Kelantan

1. Mesyuarat PJKA 2013 Kelantan 
       Tarikh: 17 Oktober 2013
       Tempat : Klinik Kesihatan Meranti
       Kehadiran : PJKA 1/2013 & PJKA 2/2013 ( 12 orang)

  PJKA bersama Senior 1/2013 bertempat di KK Meranti.
Kehadiran semua PJKA senior dan junior seramai 12 orang di pengerusikan oleh PJKA Norashikin dari kumpulan 2/2013 dan semasa sesi ini pembentangan berkait isu-isu dan masalah PJKA di latih amal serta bimbingan dan tunjuk ajar dari senior 1/2013. Selain itu Senior juga telah mengatur program untuk aktivit dan perancangan sepanjang Pengajar Puan Chen berada di Kelantan untuk sesi 'Running Assesment' yang termaktub di dalam kokurikulum pembelajaran.

 Senior juga telah menyampaikan amanat dan pesanan dari Puan Jeny berkaitan dengan buku log dan penulisan log latih amal yang perlu disiapkan.
Senior PJKA 1/2013
 Selain itu atur cara jadual lawatan Puan Pengajar telah dipersetujui oleh semua PJKA.
Wakil dari senior PJKA 1/2013 telah membentangkan isu perbelanjaan dan peruntukan untuk sambutan kedatangan Puan Pengajar.
Junior PJKA 2/2013
Mesyuarat ditangguhkan sekitar pukul 1.00 tengahari dengan jamuan tengahari yang disediakan oleh wakil PJKA dari KK Meranti iaitu PJKA Nuraida dan PJKA Norashikin.

2. Sambutan Puan Pengajar Puan Chen Lawatan Ke Kelantan.
       Tarikh : 26 Oktober 2013
        Hari : Sabtu
       Masa : 4.30 petang
      Tempat : Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Senior PJKA 1/2013 & Junior PJKA 2/2013 di airport menyambut Puan Pengajar
Seawal jam 3.00 petang kami sudah berkumpul di Airport dalam debaran menunggu kedatangan Puan Pengajar. PJKA senior dan junior sama-sama bergandingan menunggu dan meraikan kedatangan Puan Pengajar ke negeri ini.
Selepas ketibaan beliau terus di bawa ke hotel penginapan dan Puan terus meminta untuk memeriksa 'log book' dan log latihamal.
Sesi memeriksa log latihan diteruskan sehingga pukul 7.00 petang. Kami berhenti apabila azan maghrib berbunyi.
Puan Jeny bersama PJKA 1/2013 dan PJKA 2/2012

Selesai solat maghrib, kumpulan kami terus ke Restoran New Horizon untuk 'Dinner' meraikan Puan. Sesi dinner kali ini turut disertai oleh super senior yang sudah berjaya menjadi PJKA.
PJKA 1/2013 dan PJKA 2/2013 di meja makan
Sesi malam itu menjadi penghubung silaturahim di antara junior, senior dan super senior serta Puan Jeny sambil berbual dan menikmati makanan yang enak di restoran ini. Banyak ilmu dan amanat yang dikongsi menjadi pembakar semangat untuk kami meneruskan cita-cita gemilang ini.
Sekitar pukul 9.00 malam, Puan meminta kami Junior dan senior agar mengundur diri kerana esok kami perlu bangkit awal disebabkan esok adalah penentuan untuk kami 'running assesement'...

3. Running Assessment PJKA 2/2013
    Sesi pagi ini bermula dengan meneruskan 'check' buku log oleh Puan Pengajar bermula pukul 7.40 pagi.
Selepas kedatangan klien klinik, sesi diteruskan dengan 'running assessment observation' Penilaian dan Perkembangan Kanak-kanak. Sesi ditunjukkan oleh PJKA Rosmaria dari KK Bunohan.
Untuk aktiviti 'Perbincangan Kumpulan Kecil' pula, sesi observation dilakukan oleh PJKA Nooraini dari KK Tendong yang bertajuk : Pencegahan Kemalangan Di Kalangan Kanak-kanak di Rumah.
4. Hari ke-3 Sesi 'Running Assesment' 
     Hari ke-3 sesi ini merupakan sesi terakhir untuk Junior PJKA 2/2013. Ianya telah diadakan di Klinik Kesihatan Bunohan, Tumpat. Untuk sesi ini diadakan sesi check buku log pada awal pagi dan seterusnya sesi P&P dilakukan oleh PJKA Rosmaria. Selepas itu disambung semula dengan sesi PKK oleh PJKA Anies Azura yang bertajuk Direa di kalangan kanak-kanak.
PJKA Faizah pula dengan tajuk PKK : Perancang Keluarga Kaedah Pil dan sesi ini ditamatkan dengan sesi PKK oleh PJKA Rosmaria bertajuk : Jagaan Tali Pusat.
Sesi petang itu diteruskan dengan briefing aktivit yang telah dijalankan dan komentar serta perkongsian idea dari PJKA bersama Puan. Majlis tamat sekitar pukul 5.15 petang.
Kami telah bersepakat untuk melepaskan tension dengan menikmati hidangan masakan Siam di Restoran Terapung Pantai Seri Tujuh. Mulanya kami menikmati hidangan dengan wajah yang tertekan dan muram kerana tempias stress 'running assessment' yang masih berbekas di hati. Mujurlah Puan pengajar yang amat memahami memberi kami semangat dan kata-kata perangsang membuatkan kami sedikit ceria. Ikan siakap yang kami makan juga tidak lagi turut stress melihat wajah-wajah kami yang stress sebelum ini.
 
5. Hari Terakhir Puan di Kelantan 31 Oktober 2013 (Khamis)
Kami sekali lagi bergabung menghantar Puan ke airport. Flight puan pukul 4.50pm. Petang ini kami sekali lagi melawa dengan baju kasual dan ada yang formal. Sementara menunggu Puan check in- kami berbual dan berbincang berkaitan sesi yang telah kami jalani sepanjang bersama Puan di negeri ini.

Selepas menghantar Puan, kami singgah ke rumah PJKA Anies Azura menikmati minum petang. Sambil bersantai dan solat asar melihat rumah Anies yang cantik, kami teruja melihat binatang peliharaannya di belakang rumah.

Itulah sedikit coretan dari kami dari Pasir Mas dan Tumpat untuk sesi kali ini. Sebarang kekhilafan harap di maafi.

Isnin, 14 Oktober 2013

Diary PJKA di Lapangan ... esok Raya woi...

Salam semua. Hari ini rupanya sudah tiga minggu kita terpisah namun hati kita masih bersama seperti di IKU.
Esok dah beraya 'SELAMAT HARI RAYA IDIL ADHA ' untuk semua teman-teman PJKA 2/2013.
Apa cerita teman-teman semua di lapangan ya. Diharap semua dapat menjalani kehidupan sebagai PJKA dengan lancar. Ingat tau, kita bukan memegang status Staff Nurse atau Sister aka ketua Jururawat tetapi status kita kini adalah PJKA aka Pelatih Jururawat Kesihatan Awam. Ha.. ingat ya kawan-kawan tentang status kita.
Bagaimana dengan rekod log masing-masing ? Dah tercapai ikut seperti di 'Gann Chart' ke? Kes Antenatal dah habis ke? Bagaimana dengan log untuk kanak-kanak? Teman-teman semua dapat ke penuhkan kes untuk :
Pendaftaran Antenatal Baru
Pendaftran Kanak-kanak

Ada yang beritahu dah dapat dan ada yang belum. Bagi yang dah berjaya memenuhkan log untuk kedua-duanya itu, TAHNIAH lah. Bagi yang belum, bersabarlah dan teruskan berusaha.
Amacam dengan jemari korang semua? Ada yang berkematu tak gara-gara menulis log banyak sangat. Confirm ada yang jadi camtu.. hahaha... BERSABARLAH SAYANG...
Teman-teman semua tak rindu ke suasana bilik kuliah di IKU? 


















Rabu, 18 September 2013

Esok 19 September 2013 Exam Sem 1

Esok dah exam sem 1. Adoi... lagi di baca lagi banyak rasanya tak terbaca. Masing-masing dah mengeluarkan perkataan "STRESS... TENSION..."
Ala biasalah dah namanya exam.
Setiap masa dari bilik kuliah sehingga ke bilik penginapan group-group discussion di adakan. Riuh rendah berbincang soalan dan nota-nota kecil yang dipelajari. Soalan-soalan yang dijangka keluar diulang-ulang.
Tetapi bila diperbincangkan rupa-rupanya semua pelajaran diulangkaji semula dari awal kuliah sehingga minggu ke lapan.

Contoh ulangkaji :
Apakah Mekanisma ADR
=> 1) Menghalang pergerakan sperma.
=> 2) Menghalang penebalan dinding endometrium.
=> 3) Menyebabkan radangan pada endometrium , ia kurang sesuai untuk pertemuan / menghalang  implentasi ovum yang telah disenyawakan.
=> 4) Mengurangkan viabiliti sperma dan ovum dengan menghalang implementasi ovum yang telah disenyawakan.

Konsep Kesihatan Keluarga
-> Diperkembangkan melalui perkhidmatan kesihatan keluarag untuk mempertingkatkan dan memelihara taraf kesihatan keluarga dari  :
  • segi sosial
  • segi ekonomi
  • kebajikan keluarga.
Prinsip-prinsip Perkembangan Kanak-kanak.
  1. Perkembangan adalah hasil dari kematangan dan pembelajaran.
  2. Corak-corak perkembangan berpatutan dan boleh diramalkan.
  3. Corak perkembangan berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain.
  4. Perkembangan adalah satu proses yang berterusan.
  5. Perkembangan bermula dari perkembangan am ke perkembangan spesifik (khusus).
  6. Persamaan dalam turutan perkembangan.
  7. Perkembangan setiap bahagian badan berlaku mengikut kadar yang berlainan.
Itulah di antara yang sedang bermain di minda kami ketika ini. Sudah kerap di ulang-ulang bacaan semoga ianya tersemat kukuh di ingatan kami dan dapat menjawab peperiksaan esok dengan jayanya. Aminnn.

Petang tadi kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama ditugaskan untuk menyusun kerusi meja bagi exam esok. Bergotong royong mengambil kerusi meja di tingkat bawah Dewan Chempaka, riuh rendah menarik meja yang tersusun di stor yang sunyi macam bilik kurungan bawah tanah. Kumpulan kedua pula ditugaskan untuk mengemas dewan selepas peperiksaan.

Jom santai tengok foto aktiviti yang sempat di ambil tadi.