Rabu, 4 September 2013

Minggu Demonstrasi Makanan Untuk Ibu Hamil, Postnatal dan Kanak-kanak.

Pada 3hb September semua PJKA di beri tugasan berkumpulan untuk melakukan demonstrasi makanan selepas menghadiri kuliah yang disampaikan oleh pensyarah Pemakanan. Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan di wajibkan mempersembahkan hasil kumpulan dan dinilai oleh pensyarah Pemakanan. Pembahagian tugas dilakukan. Siapa yang hendak pergi survey harga. Siapa yang hendak siapkan 'Pelan Pengajaran', Tugasan Memasak, tugasan Cari Bahan Mentah, tugasan siapkan pamplet, tugasan siapkan pamplet, tugasan sebagai pembentang dan lain-lain lagi di bahagi untuk setiap ahli kumpulan.
Seawal seminggu kami telah bertungkus lumus menjejaki kaki ke pasar mencari bahan dan senarai harga sperti yang diarahkan. Kesemua bahan mestilah segar dan berat serta perlu berkhasiat serta kalau boleh murah dan mudah di dapati.

Dari pasar basah , ke pasar raya serta hypermarket kami bersama-sama melakukan tugasan 'survey' harga. Akhirnya pada 3hb dan 4hb September kami berjaya menyiapkan tugasan yang diwajibkan itu dengan jayanya.

Inilah foto-foto yang sempat di snap dengan telefon semasa sesi demonstrasi pembentangan pemakanan itu.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan