Isnin, 22 Julai 2013

Catatan Bermula Di sini

Tanggal 22 haribulan Julai 2013 tepat pukul 8.30 pagi aku dan teman-teman serami 55 orang melaporkan diri ke KSKB Sungai Buloh sebagai Pelatih Kejururawatan Kesihatan Awam. Kumpulan kami terdiri dari Jururawat U29 dan KJ/KUP U32 dari seluruh Klinik Kesihatan di Semenanjung Malaysia datang ke sini dengan satu tekad dan azam baru untuk menimba pengetahuan dan mempelajari ilmu sebagai seorang Jururawat Kesihatan Awam yang cemerlang dan berfungsi di Bahagian Kesihatan Awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan