Ala biasalah dah namanya exam.
Setiap masa dari bilik kuliah sehingga ke bilik penginapan group-group discussion di adakan. Riuh rendah berbincang soalan dan nota-nota kecil yang dipelajari. Soalan-soalan yang dijangka keluar diulang-ulang.
Tetapi bila diperbincangkan rupa-rupanya semua pelajaran diulangkaji semula dari awal kuliah sehingga minggu ke lapan.
Contoh ulangkaji :
Apakah Mekanisma ADR
=> 1) Menghalang pergerakan sperma.
=> 2) Menghalang penebalan dinding endometrium.
=> 3) Menyebabkan radangan pada endometrium , ia kurang sesuai untuk pertemuan / menghalang implentasi ovum yang telah disenyawakan.
=> 4) Mengurangkan viabiliti sperma dan ovum dengan menghalang implementasi ovum yang telah disenyawakan.
Konsep Kesihatan Keluarga
-> Diperkembangkan melalui perkhidmatan kesihatan keluarag untuk mempertingkatkan dan memelihara taraf kesihatan keluarga dari :
- segi sosial
- segi ekonomi
- kebajikan keluarga.
- Perkembangan adalah hasil dari kematangan dan pembelajaran.
- Corak-corak perkembangan berpatutan dan boleh diramalkan.
- Corak perkembangan berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain.
- Perkembangan adalah satu proses yang berterusan.
- Perkembangan bermula dari perkembangan am ke perkembangan spesifik (khusus).
- Persamaan dalam turutan perkembangan.
- Perkembangan setiap bahagian badan berlaku mengikut kadar yang berlainan.
Petang tadi kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama ditugaskan untuk menyusun kerusi meja bagi exam esok. Bergotong royong mengambil kerusi meja di tingkat bawah Dewan Chempaka, riuh rendah menarik meja yang tersusun di stor yang sunyi macam bilik kurungan bawah tanah. Kumpulan kedua pula ditugaskan untuk mengemas dewan selepas peperiksaan.
Jom santai tengok foto aktiviti yang sempat di ambil tadi.